Biskut Tart Nenas Cornflakes


Biskut Tart Nenas Cornflakes
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Pastry Tart
170 gm marjerin
50 gm gula aising
1 biji telur Gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla 

Jem nenas secukupnya di gentel bulat
Acuan Tart paling kecil bersaiz duit 10 sen

Hiasan :  Manik Hundred Thousand

Cara-cara :
1.  Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu hingga bergaul rata.
2.  Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
4.  Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Trim bahagian atasnya.
5.  Bakar pada suhu 150C sehingga masak.  Sejukkan dahulu.  Keluarkan dari acuan.
6.  Isikan kulit tart dengan jem nenas.
Filing Cornflakes
30gm mentega
20gm gula pasir
1 sudu besar madu
100gm cornflakes di ramas halus (jgn blend)

7.  Filing :  Cairkan mentega dan gula pasir.  Masukkan madu, dan serpihan cornflakes.  Gaul hingga rata.  Ambil 1/2 sudu kecil dan ratakan ke atas filing jem nenas tadi.  Tabur dengan manik hundred thousand.
8. Bakar semula selama 10 minit.  Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.