Ketam Sumbat Berkeju

Ketam Sumbat Berkeju

Bahan-bahan
2 ekor ketam bunga
100gm udang - cincang
100gm isi ikan merah - cincang
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili merah - cincang
1 tangkai daun bawang - hiris
garam dan lada putih secukupnya
2 sudu besar mayonis
100gm keju mozarella

Cara-cara :
1.  Cuci dan keluarkan kulit ketam, kemudian rebus.  Tos dan keluarkan isi ketam.  Ketepikan kulitnya.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.  Masukkan isi udang, ikan, ketam dan cili.  Masak sebentar.
3.  Kemudian masukkan secubit garam dan lada sulah.  Angkat dan gaulkan dengan mayonis.
4.  Masukkan inti ke dalam kulit ketam dan tabur dengan parutan keju mozarella di atasnya.
5.  Bakar di dalam oven selama 10 minit hingga keju mencair.  Hidang bersama sos cili.
Ketam Sumbat Berkeju