Rolled Fondant / (Sugarpaste)

Rolled Fondant / (Sugarpaste)

Bahan-bahan
1 1/2 kg gula ising - (di ayak 2 kali)
100ml air
2 sudu besar halal gelatin (direndam selama 4 jam)
2 sudu besar glycerin
1 sudu besar liquid glucose/sirap jagung
1 sudu kecil esen badam/vanila (optional)
2 sudu besar shortening/krimwell

Cara-cara
1. Rendam gelatin dengan air sekurang-kurangnya selama empat jam.
2. Kemudian cairkan menggunakan double boil sehingga gelatin menjadi jernih. Masukkan glukos, shortening kacau rata. Angkat dan biarkan suam seketika.
3. Masukkan 1kg gula ising di dalam mixer. Buat lubang di tengahnya kemudian tuangkan campuran gelatin tadi. Masukkan gliserin, gaul rata dengan speed perlahan.
4. Keluarkan dari mixer dan uli doh bersama 1/2kg lagi gula ising. Sapu sedikit shortening pada tangan dan uli sehingga mendapat tekstur yg lembut spt plastisin.
5. Bungkus fondant dengan plastik wrap dan simpan di dalam bekas kedap udara sehingga masa menggunakannya.

Tips :
1. Campuran gelatin dan glukos boleh disimpan semalaman atau lebih di dalam bekas kedap udara hanya mengulinya dengan gula ising dan jadikan doh yg lembut apabila hendak digunakan.
2. Sekiranya doh menjadi keras, masukkan sedikit air atau panaskan dalam microware beberapa saat dan uli hingga lembut.
3. Tidak perlu menyimpannya di dalam peti sejuk.
4. Fondant hanya sesuai untuk membalut kek tetapi kurang sesuai untuk membuat bunga atau bentuk2 3D kerana cepat lembut dengan suhu yang panas.
5. Sekiranya hendak membuat bunga dari fondant gunakan campuran fondant dan flower paste (Refer resipi Gum Paste Flowers with Fondant)
6. Untuk mewarnakan doh fondant, guna lidi dan celup dalam pewarna kemudian calitkan di atas doh dan uli hingga warna serata.
7. Guna meja marble atau stainless steel, meja kayu tidak sesuai kerana doh akan melekat.
8. Apabila mencanai doh, taburkan sedikit tepung jagung atau gula asing di atas meja supaya tidak melekat.
9. Kek yang hendak dibalut dengan fondant hendaklah di sapu dengan jem panas atau icing buttercream yang nipis supaya melekat dengan baik.