Roti Naan / Naan Bread


Roti Naan / Naan Bread
Recipes by : Madhur Jeffrey

Bahan-bahan(Ingredient)

450gm tepung gandum150ml susu suam2 sudu kecil gula kaster2 sudu kecil yis segera1/4 sudu teh garam halus1 sudu teh baking powder2 sudu besar minyak masak150ml yogurt asli1 biji telur grade A - pukul ringan
Cara-cara :
1. Satukan susu suam, 1 sudu kecil gula dan yis. Kacau rata dan biarkan di tempat suam selama 15-20 minit hingga berbuih.
2. Ayak tepung, garam dan baking powder di dalam mangkuk besar. Masukkan baki gula kaster bersama campuran yis tadi, minyak masak, yogurt dan telur. Adun dan uli hingga menjadi doh.
3. Letak doh di atas papan canai dan uli beberapa kali hingga doh menjadi licin dan berkilat.
4. Leser sedikit minyak di dalam mangkuk. Masukkan doh roti dan tutup dengan plastik. Letakkan ditempat suam selama 1 jam hingga doh mengembang 2 kali ganda.


5. Keluarkan doh dan tumbuk dengan tangan untuk mengeluarkan udara. Uli dan bulatkan kembali. Potong kepada 6 bahagian dan jadikan 6 bebola doh.


6. Panaskan dulang pembakar yang tebal di dalam oven pada suhu 190C.


7. Canai leper setiap bebola doh, keluarkan dulang pembakar dan masukkan segera doh.


8.  Bakar selama 3 minit di rak bawah sehingga roti mengelembung.  Kemudian alihkan dulang ke rak atas dan bakar selama 8-10 minit atau hingga permukaan roti keperangan.

9.  Sedia di hidangkan bersama kari atau yang disukai.

*** Roti Naan boleh juga di bakar terus di atas kuali non-stick.